Friday 31 July 2009

Calon BN di N11Permatang Pasir.

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun ini. Pilihan raya kecil terbaru membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman dari PAS.Tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menjelang 10 Ogos ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Hamdan yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas Asar.
Bagi UMNO, sudah semestinya akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil yang dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri ini. Antara calon yang pasti dipertaruhkan adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang juga merupakan ANAK JATI Permatang Pasir iaitu di Kampung Tanjung Putus. Beliau antara pemimpin muda yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Pernah terdengar cakap-cakap dari orang PAS sendiri dalam PRU 12 dahulu kalau Cikgu Zaidi yang bertanding belum tentu PAS menang di Permatang Pasir.
PAS juga tahu aka kelamahan mereka tetapi mereka akan menutup kelemahan dengan memburuk-burukkan Cikgu Zaidi yang mempunyai sedikit masalah kepimpinan, tetapi kalau PAS hendak memainkan isu tempatan mereka akan mencari penyakit kerana orang PAS sendiri yang akan menyatakan Cikgu Zaidi banyak membantu kesusahan hidup mereka.
Semoga pengundi di Permatang Pasir boleh meneruskan wawasan Ust Hamdan yang mahukan anak tempatan menjadi pemimpin di KADUN Permatang Pasir dan mahukan pembaharuan yang akan merubah rupa corak kawasan itu.

Thursday 30 July 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia.



KUALA LUMPUR, 30 Julai 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.
Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.
Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.
Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.
Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.
AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.
"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan


sumber: Harakah Daily.