Friday 31 July 2009

Calon BN di N11Permatang Pasir.

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun ini. Pilihan raya kecil terbaru membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman dari PAS.Tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menjelang 10 Ogos ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Hamdan yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas Asar.
Bagi UMNO, sudah semestinya akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil yang dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri ini. Antara calon yang pasti dipertaruhkan adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang juga merupakan ANAK JATI Permatang Pasir iaitu di Kampung Tanjung Putus. Beliau antara pemimpin muda yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Pernah terdengar cakap-cakap dari orang PAS sendiri dalam PRU 12 dahulu kalau Cikgu Zaidi yang bertanding belum tentu PAS menang di Permatang Pasir.
PAS juga tahu aka kelamahan mereka tetapi mereka akan menutup kelemahan dengan memburuk-burukkan Cikgu Zaidi yang mempunyai sedikit masalah kepimpinan, tetapi kalau PAS hendak memainkan isu tempatan mereka akan mencari penyakit kerana orang PAS sendiri yang akan menyatakan Cikgu Zaidi banyak membantu kesusahan hidup mereka.
Semoga pengundi di Permatang Pasir boleh meneruskan wawasan Ust Hamdan yang mahukan anak tempatan menjadi pemimpin di KADUN Permatang Pasir dan mahukan pembaharuan yang akan merubah rupa corak kawasan itu.

No comments:

Post a Comment