Tuesday 25 August 2009

TERKINI : SUASANA SEKITAR N11 PERMATANG PASIR













Setakat jam 4.00 ptg peratusan keluar mengundi di DUN N11 adalah seramai 65%. Cuaca agak baik untuk lebih ramai lagi pengundi keluar ke pusat-pusat pengundian. Keadaan lalulintas agak sesak kerana kebanjiran penyokong daripada luar kawasan yang datang ke Permatang Pasir. Markaz PAS kelihatan agak lengang kerana tiada pengundi yang datang menyemak daftar mengundi di sana. Agak mengejutkan kerana kebiasaannya markaz-markaz ini akan sentiasa dipenuhi oleh penyokong yang akan meraih undi dari penduduk sekitar.
SPR menjangkakan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya jam 8.00malam. Adakah BN akan mencipta sejarah dengan merampas kerusi Permatang Pasir ini dan melaksanakan janji ANAK EMAS atau PAS akan mewariskan kemunduran kepada rakyat Permatang Pasir.

Monday 24 August 2009

Terkini Dari Permatang Pasir.







Peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah 35% secara keseluruhannya cuma di Sek. Keb. Permatang Pauh dan Maktab Adabi baru mencecah 15% yang keluar mengundi.


Berlaku juga insiden yang tidak sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan ini, penyokong PAS dan PKR bertindak agresif dan mengejek penyokong BN sehingga hampir berlaku pergaduhan di sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Penanti yang menempatkan 2 pusat mengundi iaitu Peti Undi Kubang Semang dan Tanah Liat. Sepasukan FRU telah tiba untuk mengawal keadaan, walau bagaimanapun penyokong PAS tetap melakukan aktiviti yang aggresif sehingga seorang Puteri UMNO dipaksa memakai kemeja T berlogo PAS. Perkara ini telah dibawa ke balai polis berhampiran.

Ada muslimat PAS yang bertindak untuk duduk dalam rumah pengundi dan mengajak pengundi membaca al-Quran sambil menunggu kenderaan PAS datang mengambil mereka. Jika ada perayu UMNO dan kenderaan UMNO datang mereka ditegah untuk keluar mengundi bersama kenderaan BN.

EKSKLUSIF : Calon Pilihan Rakyat BN - Video Ucapan Rohaizat Othman



CALON PILIHAN RAKYAT BARISAN NASIONAL
ROHAIZAT OTHMAN


Sunday 23 August 2009

Renungan yang perlu diberi perhatian


Seimbas pandang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.. namun sekeping gambar memberi pelbagai makna yang tersirat.. Melintasi sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sambil menyebut 'BN Kalah.. BN Kalah... BN Kalah... cukup mengharukan.. Akibat terdesak.. PKR dan PAS sanggup menggunakan kanak-kanak sebagai bahan mencaci dan mencemuh kerajaan.. Kalau dahulu UMNO/BN sering dituduh menggunakan kanak-kanak dan mencabuli pemikiran dengan doktrin-doktrin kerajaan.. sekurang-kurangnya kerajaan tidak pernah mengajar anak-anak bangsa ini mencemuh kerajaan yang telah banyak menyalurkan bantuan hinggalah mereka layan untuk memilih calon pilihanraya nanti.. malah mengajar mencemuh pembangkang sangat jauh sekali.. Di bulan yang mulia ini.. blogger n11permatangpasir mendoakan agar kesejahteraan yang sekian lama dibina dapat dinikmati oleh generasi-generasi ini kemudiannya..

Salleh Man YDP MAIPP???


Satu lagi PEMBOHONGAN oleh puak pembangkang. Malam ini di pentas ceramah pembangkang mereka telah menghebahkan akan melantik calon PAS Salleh Man sebagai YDP MAIPP selepas menang pilihanraya kecil ini nanti.

Sekali lagi rakyat Permatang Pasir DIPERBODOHKAN oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Sedarlah kita sebenarnya jawatan YDP MAIPP adalah dibawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Baginda Agong yang berhak melantik YDP MAIPP!!! Bukan Anwar Ibrahim mahupun Lim Guan Eng!

Tersiratnya, ini satu perancangan licik untuk menimbulkan bibit-bibit kebencian rakyat kepada Agong yang kita kasihi. Ini kerana, jika Agong tidak memperkenan cadangan Guan Eng untuk melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP maka mereka (pemimpin pembangkang) akan memainkan isu bahawa Agonglah yang menjadi penghalang.

Maka, orang2 Melayu Islam yang tidak usul periksa ini akan marah dan benci kepada Agong yang kita kasihi. Sedarlah wahai penyokong-penyokong PAS anda sedang dimanipulasi oleh juak-juak yang berkepentingan. Masa depan kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini.

Saturday 22 August 2009

PAS semakin risau dan bimbang


Sabtu adalah hari permulaan Ramadhan, kempen pun agak perlahan dan menariknya PAS seperti bercuti, bila banyak bilik gerakan mereka lengang.


Selepas banner Anak Emas dijatuhkan.. kini PAS tidak ada keje lain dalam bulan puasa menjatuhkan pula papan tanda calon BN Rohaizat.. Mungkin ini perubahan yang dibawa oleh PAS sejak bersekedudukan dengan PKR dan DAP yang menolak Islam... Bulan puasa pun wat keje tak senonoh.. Syurga sudah pasti.. buat la apa pun.. Tok Guru kata kompem masuk syurga !

Ceramah Nga nga tak dapat sambutan ahli PAS



Pemimpin Dap Ngar Kor Ming Perak tidak diberi layanan dan sambutan oleh PAS cawangan Kg Pelet malam tadi. Kehadiran pengundi yang hadir amat mengecewakan. Ngar Kor Ming hanya mampu ternganga melihat sambutan yang diberikan kepadanya.
Isu yang digunakan adalah Isu Gobalakrishnan menampar Polis Melayu. Menurut Ngar, Gobala menampar anggota polis itu kerana polis itu memanggilnya sebagai paria. Dimaklumkan sebelum ceramah Ngar lagi sms dan surat telah dihantar ke semua ahli PAS mengenai isu ini.
Walau bagaimanapun tidak ada respon yang diberikan.. Sebagai tanda protes, ahli Pas cawangan Kg Pelet memboikot ceramah Ngar Kor Ming.. secara tidak langsung juga membuktikan ahli PAS di situ tidak kisah tentang hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang. Malah tidak kisah dengan perbuatan YB dari PKR kerana PKR Pulau Pinang sendiri mengabaikan ahli PAS di Permatang Pasir.. PKR hanya pandai membuat kacau sahaja

Mahfuz oh mampus!


Apa la nak jadi ramadhan kali ni, sepatutnya dalam bulan baik ni kita digalakkan beramal ibadat kerana pahala pada bulan ini masya-Allah hebat dan tidak ternilai harganya. Tapi apa dah jadi dengan PAS? Menurut Pengarah Jentera PAS DUN P.Pasir, Datuk Mahfuz Omar, mereka tidak akan berhenti memburuk-burukkan calon BN, katanya tiada sebab mengapa taktik begitu tidak boleh diteruskan kerana apa yang mereka buat bukanlah serangan peribadi.

Dimanakah kerasionalan PAS dalam isu ini? Tidak bolehkah anda menghormati bulan puasa ini dan berhenti seketika daripada mengumpat dan mendedahkan keburukan orang lain? Sebagai manusia yang waras, tidakkah mereka terfikir akibat tindakan mereka ini akan menyebabkan keluarga mangsa sedih dan kucar kacir?

PAS telah menunjukkan sikap yang bacul dalam soal ini. Kalo betul-betul gentleman tidak perlu serang peribadi calon. Apa yang akan PAS buat jika menang? Menurut Salleh Man jika dia menang dia akan menjaga kebajikan penduduk Permatang Pasir. Apa maksud menjaga kebajikan penduduk pada Salleh Man? Adakah cukup dengan sekadar menziarahi jenazah penduduk dan menghadiri kenduri kahwin sahaja dan kemudian menghulurkan seratus dua ratus kepada tuan rumah sudah mencukupi?

Kalo macam tu baik jadi Ketua Kampung je...

Friday 21 August 2009

PAS menggelabah dengan Anak Emas













Mereka sudah merasa bimbang dengan pengiktirafan yang akan diberikan oleh kerajaan pusat sekiranya pengundi Permatang Pasir memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Jelas menunjukkan PAS dan PR menolak pembangunan malah mengasak penduduk untuk menerima keadaan kemunduran seperti mana ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Halim Nasir di Masjid Batu, Kg Pertama. Demi menutup kelemahan, mereka sanggup menipu dan memperdaya pengundi di Permatang Pasir !!

Mereka bukan pengundi hantu, tapi pengundi yang sah!!



Berita tergempar.. pemilik rumah ini merupakan bekas pegawai SPR Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam urusan data-data pemilih bagi urusan pilihanraya.. Adakah ia masih kebetulan melalui pendedahan ke 3 ini yang mana sebuah rumah mempunyai sehingga 19 orang pengundi?


Setiap kali PRK/PRU.. pembangkang sering mengaitkan agensi ini adalah tali barut UMNO/BN..

Lupakah mereka yang Isteri kepada salah seorang pegawai tertinggi SPR Pulau Pinang kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang? Kenapa kali ini tiada bunyi-bunyi mengatakan UMNO menggunakan pengundi hantu?

N11 Permatang Pasir komited membongkar segala perancangan mereka di Permatang Pauh.. tunggu pendedahan berikutnya......

EKSKLUSIF!!


* Sila klik dan isi borang yang disediakan dan faks kan kepada Mursyidul Suurga di talian 0199105555.

Thursday 20 August 2009

Kebetulan atau Perancangan?


Bagaimana No Rumah 1448 mempunyai pengundi seramai 13 orang?
Adakah secara kebetulan pendedahan yang pertama di buat oleh N11 Permatang Pasir yang mana setiap rumah mesti mempunyai pengundi yang bernombor IC dari Perak dan Kedah sebagaimana pendedahan yang kedua ini?
Sekali lagi dilontarkan siapakah mereka ini sebenarnya?
Nantikan kupasan-kupasan selanjutnya oleh N11 Permatang Pasir..
Mungkin inikah strategi pembangkang memastikan penguasaan di kawasan Permatang Pasir khususnya malah bagi Parlimen Permatang Pauh amnya?

YB Ahmad Maslan merasai denyut nadi rakyat.

YB Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menunjukkan contoh pemimpin yang berjiwa rakyat selaras dengan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" dan seperti arahan Perdana Menteri supaya pemimpin merasai denyut nadi rakyat.

Selama berada di Permatang Pasir YB Ahmad Maslan sentiasa menjadikan penduduk tempatan sebagai keluarga angkatnya dan menginap di rumah mereka. Dengan cara sebegini pemimpin dapat mengetahui masalah rakyat terus dari akar umbi dan tindakan segera dapat diambil. Timbalan Perdana Menteri juga telah mengumumkan Permatang Pasir sebagai ANAK MAS iaitu kawasan yang akan diberi perhatian khusus oleh kerajaan Persekutuan. Tawaran istimewa ini harus direbut bagi memastikan Permatang Pasir menikmati pembangunan fizikal dan mental seperti di kawasan yang dikuasai BN lain. Selama 3 penggal dikuasai PAS tiada pembangunan yang dibawa kerana DAP meminggirkan PAS.

Pendedahan atau pembohongan?

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi Rohaizat telah membuat pendedahan tentang isu penyelewangan Rohaizat di Yayasan Aman sempena pilihanraya kecil Permatang Pasir. Dalam pendedahan tersebut beliau menyatakan bahawa calon BN itu yang songlap duit Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.
Cuma persoalannya ialah:
1. Kenapa baru sekarang beliau membuat pendedahan tersebut, kalau beliau merasakan bertanggungjawab atas itu tersebut dan tidak setuju dengan cara Rohaizat?
2. Apakah tujuan dan niat sebenar saudara Yusri?
3. Adakah semata-mata kerana Rohaizat jadi calon PRK Permatang Pasir?
4. Mengapa dibuat pendedahan tersebut di Yayasan Aman yang dikenali sebagai markas PKR? Nampaknya macam ada orang yang minta dia buat pendedahan tersebut.
5. Siapakah orang yang meminta Yusri membuat pendedahan tersebut?
6. Adakah orang seperti Yusri akan membuat pendedahan secara percuma? Maklumat beliau adalah eksklusif lagi panas tentu mahal harganya, mungkin berjuta ringgit.
7. Bermoral sangatkah saudara Yusri kalau menerima harga yang mahal dengan pendedahan eksklusif tersebut?
8. Siapakah mereka-mereka yang menguasai Majlis Peguam? Bukankah mereka terdiri dari peguam yang menyokong parti-parti pembangkang dan sentiasa menentang kerajaan.
Rasanya pendedahan yang tidak bermoral begini akan dilakukan lagi dalam PRK Permatang Pasir ini. Siapa pulakah yang akan dibayar untuk disontot oleh al juburi.

Wednesday 19 August 2009

Pengundi yang diragui?


Adakah pengundi hantu sebenarnya wujud?

12 orang daripada 3000 hantu antara yang ditemui dan diragui...

Akan dibongkarkan pada artikel yang seterusnya...

Siapakah mereka? Bagaimana ia boleh didaftarkan dengan menggunakan 1 alamat yang sama?

Ikuti pendedahan seterusnya.. Khas buat pembaca N11 Permatang Pasir

*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Siapa yang tidak bermoral ???

PAS kata Rohaizat ada masalah moral, tapi macam mana pula dengan :

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu liwatnya?

2. Elizabeth Wong dengan gambar separuh bogelnya dan bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam PKR?

3. Abdul Rashid Rahman (Ketua Dewan Ulama Perlis) yang bercerai dengan isterinya sebab menurut isterinya (dalam mahkamah syariah) suaminya seorang yang panas baran, sering memukul dirinya dan hari-hari mau.

4. Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang di bilik 121 di sebuah hotel di Kota Bharu?


Sudahlah, hentikanlah wahai penceramah PAS, turutilah pesan Tuan Guru supaya jangan menyerang peribadi calon ketika berkempen. Carilah isu lain, kami orang Permatang Pasir mahukan wakil rakyat yang mampu membantu kami membangunkan kampung kami ini.

Rohaizat pun kami akui bukan baik sangat macam nabi tapi sebenarnya kami tahu dia tidak melakukan apa-apa salah dalam isu syarikat guamannya kerana kes itu membabitkan rakan kongsinya dan semua pembayaran berkaitan kes operasi itu sudah dijelaskan.

Rohaizat pun bukannya dituduh di mahkamah jadi macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral. Oleh itu, pada kami Rohaizat adalah calon yang terbaik untuk mewakili DUN Permatang Pasir ini !!!!

Tuesday 18 August 2009

Malik Itik hina Islam


Exco Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim atau lebih dikenali sebagai Malik Itik sebab suaranya memang macam itik yang dulu pernah menjadi orang kuat UMNO, pernah puji UMNO melambung-lambung, tapi bila dah kalah dalam pemilihan UMNO terus sertai PKR.

Kini sudah ada kuasa sikit dan takut pada DAP, Malik Itik dengan sombongnya mengarahkan Surau Annur dekat Taman Tun Sardun Bukit Gelugor untuk memperlahankan pembesar suara waktu azan dan ceramah kerana menganggu penduduk di kawasan perumahan mewah berdekatan. Betapa berani dan hebatnya Malik Itik bertindak, hanya kerana nak menikmati kuasa yang sedikit beliau sanggup menghina Islam.


Penduduk di sekitar Surau Annur sedang merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan dengan tindakan Malik Itik yang takut dan tunduk kepada DAP. Kalau pengundi di kawasan Permatang Pasir masih lagi sayangkan Islam pastikan undi kepada BN yang sudah terbukti memelihara Islam.

Masjid dan Surau jadi pentas ceramah PAS

DUN Permatang Pasir mempunyai 9 buah masjid dan 16 buah surau. Mungkin boleh diulangi di sini untuk pengetahuan pembaca bahawa masjid dan surau ini adalah rumah Allah serta tempat ibadah dan menjadi pusat kegiatan masyarakat. Tetapi di DUN Permatang Pasir masjid dan surau dijadikan pentas ceramah dan kegaitan PAS.

Contohnya di masjid Kubang Semang yang terletak betul-betul berhadapan dengan Markas PAS dan PKR, serta rumah penginapan Mursyidul Am PAS semasa hari penamaan calon, boleh dikatakan menjadi pusat berkumpul kebanyakkan pemimpin dan penyokong PAS sebelum bergerak ke dalam kawasan pengundi.

Kebetulan atau sengaja dirancang tidak dapat dipastikan apabila semalam, ada solat jenazah diadakan, dan mayat itu dari Seberang Jaya telah dibawa untuk disolatkan di masjid Kubang Semang. Dalam masa yang sama ada kelibat 4 pemimpin kanan PAS iaitu Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli dan Roslan SMS, mereka berkejar berjumpa dengan keluarga si mati dan memberi sumbangan di hadapan jemaah. Perbuatan dan insiden ini seperti sengaja dirancang untuk menarik simpati dan sokongan rakyat serta pengikut kepada mereka.

Dalam masjid topik yang diperbincangkan tidak lain hanyalah menghentam calon Barisan Nasional sahaja, dan mereka menyatakan mereka menolak pembangunan dan perlu hidup secara kecil-kecilan sahaja. Harapan kalau nak berkempen turun lah dibilik gerakan, jangan jadikan rumah Allah itu markas berkempen.

Monday 17 August 2009

Siapa yang memartabatkan Islam sebenarnya?

Semalam di Masjid Batu Permatang Pauh, seperti biasa terdapat ceramah disampaikan, tetapi bukanlah ceramah yang berkaitan dengan Islam tetapi menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik. Masjid Batu memang terkenal menjadi markas atau pusat penceramah PAS untuk menghentam Kerajaan BN dan boleh dikatakan setiap malam. Bertambah menarik bila ada ceramah politik di masjid tersebut pembesar suara dikuatkan sehingga kedengaran sejauh 500 meter, tetapi bila majlis ilmu dibicarakan pembesar suara itu diperlahankan.

Kandungan ceramah semalam sudah semestinya menghentam pemimpin-pemimpin UMNO sehingga mengatakan orang UMNO tidak Islam dan sesat. Doktrin ini selari dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyatakan Islam UMNO tidak benar dan dicedok dari Palastine dan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Agaknya di seluruh dunia manusia lain yang tidak menjadi ahli PAS akan menjadi ahli neraka.

Penceramah-penceramah PAS semuanya menyifatkan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Melayu UMNO adalah berdosa dan salah, wajib ditentang atau menjadi satu jihad untuk menetangnya.

Menarik juga jika dilihat kepada perbuatan kerajaan negeri Selangor yang membenarkan pembinaa kuil Hindu di kawasan perumahan Syeksen 23 Shah Alam sebagai satu isu penghinaa kepada orang-orang Islam, kerana di kawasan tersebut hanya ada 40 penduduk beragama Hindu bebanding beribu-ribu orang Islam. Persoalannya mengapa PAS bersetuju dengan tidakan tersebut berdasarkan kenyataan ahli Parlimen Shah Alam iaitu Khalid Abdul Samad.

Sepatutnya kuil-kuil Hindu dipindahkan ke kawasan tempat tinggal pemimpin-pemimpin PAS dan penceramah PAS supaya mereka merasai sendiri apa yang mereka katakan sebagai masyarakat majmuk. Masjid Batu tidak sepatutnya dikategorikan sebagai masjid, tetapi lebih kepada markas PAS.

Sunday 16 August 2009

Terkini di Permatang Pasir: Hari Penamaan Calon


Seperti yang diumum oleh SPR, hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Proses tersebut dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Mengkuang. Untuk calon BN akan bergerak melalui jalan Berapit dan bagi calon PAS akan bergerak dari Mengkuang, mereka akan bertemu di hadapan 100 meter dari pintu IKBN. Laporan terkini dari IKBN:


7.25am - Penyokong kedua-dua parti mula berkumpul dan mengikut arahan polis.

8.00am - Berberapa pemimpin kedua-dua parti mula sampai.


8.25 - Calon BN tiba bersama YAB TS Muhyidin Yassin dan berberapa pemimpin parti komponen termasuk S.Samy Vellu. Bacaan doa dibacakan oleh YDP MAIPP YB Ust Shabudin Yahaya. Muhyidin memberi kata-kata semangat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan.

8.25am - Kehadiran DS Anwar Ibahim dan DS Wan Azizah, Datuk Mustafa Ali, YB Nizar, YAB Khalid dan berberapa nama besar dalam PR mula tiba dengan kereta mewah. Mereka mula bergerak ke pusat penamaan calon.


8.50am - Penyokong PAS mula bertakbir dan melaungkan perkataan "RASUAH" dan menunjukkan sikap macam nak memukul orang.


9.00am - Ketibaan Lim Guan Eng. 20 minit kemudian ketibaan DS Hadi Awang. 15 minit kemudian ketibaan Nik Aziz Nik Mat, kesemua mereka tiba dengan diringi oleh polis trafik.


9.00am - Keadaan tenang di kawasan penyokong BN, masing-masing menunggu proses penamaan calon. Berlainan dengan penyokong PAS yang sentiasa membuat provokasi untuk menimbulkan kekecohan tetapi kurang mendapat sambutan kerana masing-masing memakai topeng muka untuk elak dari jangkitan H1N1.


10.00am - keadaan tenang, ramai yang dah mula meninggalkan kawasan penyokong-penyokong. Pengumuman calon belum diumumkan.


10.06am - Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi.


11.20am - SPR telah umumkan calon yang akan bertanding disahkan Rohaizat dari BN dan Salleh Man dari PAS. Ketika ini penyokong-penyokong dari kedua-dua parti sedang mengiringi calon untuk keluar. Sorakkan mengiringi mereka.


11.30am - Nik Aziz telah meninggalkan tempat penamaan calon untuk pulang, dikatakan mendapat berita ADUN Galas yang menerima rawatan di China telah meninggal dunia.

Projek menipu rakyat....


Saturday 15 August 2009

Inilah sahabat PAS dunia akhirat.

Isu kenyataan Ketua Pemuda DAP yakni rakan kongsi PAS yang dihalalkan, menghentam pendakwah bebas Dr. Redhuan Tee seterusnya amat menghina Islam. Jika pengundi di Permatang Pasir mengundi PAS bermakna mereka juga menghalalkan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda DAP itu. Sila baca kenyataan YB Loke tersebut di bawah, klil imej untuk lebih jelas:

Lebih menarik apabila ditanya kepada Mursyidul Am PAS beliau berkata: "DAP boleh hina Islam kerana mereka tidak faham tentang Islam". Maknanya semasa ahli Parlimen Sweeden menghina Islam dengan karikatur Nabi Muhamad saw itu tidak salah lah menurut Nik Aziz dan perkara itu patut dipuji. Patutlah Israel nak merobohkan masjid di Gaza, PAS tak kisah saja, sebab dihalalkan oleh PAS.. Rasa-rasa Mursyidul Am PAS tu ada hantar surat pada Israel minta buatlah apa saja kerana mereka tidak faham tentang Islam.

Salleh Man sentiasa tewas...

Nama : Salleh Man

Umur : 52 tahun.

Kelulusan : graduan UM.

Pekerjaan: Ahli Perniagaan (berniaga apa tak tau la- tak ada dalam rekod)

Jawatan dalam PAS : Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Rekod bertanding Pilihanraya :

Pilihanraya Umum yang lalu : TEWAS kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed

Pilihanraya Umum 2004 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin

Pilihanraya Umum 1999 : TEWAS kepada calon BN, Yahaya Hamid

Pilihanraya Umum 1995 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad

Pilihanraya Kecil N11 PERMATANG PASIR : TEWAS kepada calon BN, Rohaizat Othman?

persoalannya adakah Salleh Man akan tewas lagi dalam pilihanraya kecil kali ini?

Friday 14 August 2009

Calon PAS berumur.

PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos, nama beliau diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abd. Hadi Awang.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar

Calon UMNO/BN Permatang Pasir

(Rohaizat bersalaman dengan TS Muhyiddin Yassin)

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini. Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang ini.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini. Nama yang disebut-sebut adalah Ust. Salleh Man. Mat Sabu pun dok lobi jugak.

Thursday 13 August 2009

Kami nakkan calon berumur..

Berberapa orang pengundi yang blogger temui di berberapa kawasan dalam P.Pasir, mereka lebih mahukan calon yang agak berumur. Ini bertepatan dengan teori yang dinyatakan oleh sahabat blogger kelmarin.
Malam ini Haji Rahim, adalah nama yang disebut-sebut akan diumumkan sebagai calon BN esok, kelihatan kelibat beliau di berberapa buah masjid di kawasan P.Pasir. Haji Rahim yang terkenal ramah dan murah senyuman mudah diterima dan kehadiran beliau di berberapa masjid sekitar menarik perhatian rakyat. Ramai yang berminat untuk bersalam dengan beliau. Seorang pak cik, blogger tanya kenapa salam dengan Haji Rahim, beliau berkata nanti kalau dah jadi calon atau dah jadi YB, susah nak salam.
Blogger: No komen, tapi berharap Haji Rahim membaca tulisan ini.

Wednesday 12 August 2009

Zahid dan kawan-kawan

Semalam, oleh kerana agak kesibukkan dengan urusan kerja, blogger tak sempat nak bersama dengan Datuk Seri Zahid Hamidi membuat peninjauan persiapan jentera UMNO P.Pauh dan juga ke kawasan pilihanraya. Cuma dalam keletihan blogger sempatlah singgah di Pusat Giat Mara Permatang Ara untuk melihat situasi di tempat Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO negeri membuat perjumpaan dengan masyarakat setempat. Agak mengejutkan kerana dewan yang blogger pernah berceramah kepada pelajar Giat Mara itu penuh dengan rakyat yang pada jangkaan blogger hampir 2000 orang. Dilihat sebagai petanda baik, adakah sejarah Manek Urai akan berulang di Permatang Pasir? Lebih menarik semua hadirin duduk atas lantai dewan termasuklah pemimpin-pemimpin UMNO dan Zahid Hamidi sendiri. Ya macam ni lah yang kita mahukan, pemimpin berjiwa rakyat dan merasai denyut nadi rakyat.
Dikhabarkan juga pada blogger oleh kawan-kawan Zahid Hamidi, YB Hj Ahmad Maslan sudah menjadi anak angkat kepada Imam Surau Taman Ara yang juga adalah penyokong kuat PAS. Mereka berkenalan dalam satu majlis makan malam di sini, akhirnya terus mempelawa Ahmad Maslan untuk menginap di rumah beliau. Harap-harap jangan lah sampai Ahmad Maslan jadi penyokong kuat PAS sudah.
Ok lah itu sahaja, dari N11P.Pasir buat masa ni, zohor nanti nak ke rumah kak shima, bekas penyokong kuat PKR, katanya DSAI dah aniaya dia.
p/s: blogger dapat call tadi mengatakan Rohaizad Setiausaha UMNO Bahagian Pmtg Pauh dok peram laporan dan data pengundi Pmtg. Pasir sebagai boikot dan ugutan setelah namanya tidak ada dalam senarai calon. Oi Jat.. hang ni dok pikiaq diri sendri lg ka?

Sunday 9 August 2009

Berkelahi jugak..

Blogger mendapat khabar dari Permatang Pauh, kepimpinan UMNO sedang mencaturkan calon-calon untuk PRK pada 25 Ogos ini. Antara nama-nama yang disebut atau dilobi oleh kepimpinan adalah:
1. Cikgu Zaidi - Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.Pauh
2. Haji Rahim - Naib Ketua UMNO Bahagian.
3. Rohaizad - Setiausaha UMNO Bahagian.

Namun bagi ramai penduduk P.Pasir, mahukan cikgu Zaidi atau Haji Rahim, tetapi mereka lebih selesa cikgu Zaidi berdasarkan prestasi baik beliau dalam kawasan dan beliau juga anak tempatan.

Kalau ikut kehendak parti dan cuba dilobi oleh ketua bahagian iaitu Datuk Jalil, beliau lebih mahukan Rohaizad. Tak tahulah kenapa jadi macam tu kerana ada orang UMNO kata Rohaizad akan kalah.

Blogger harapkan tolonglah pegang kata-kata Datuk Seri Zahid Hamidi semasa mesyuarat dengan kepimpinan bahagian P.Pauh. Kalau nak berkelahi tolonglah selepas habis PRK ini. Kita kena buktikan bahawa UMNO adalah pembela rakyat.

Raya Sebelum Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa", katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Friday 7 August 2009

UMNO Permatang Pauh Bermuhasabah Diri

Kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh berkampung di Langkawi untuk bermuhasabah diri dan mencari formula untuk menghadapi PRK Permatang Pasir. Semoga mereka ikhlas untuk mengembalikan UMNO di hati rakyat semula.
Janganlah pergi ke Langkawi cuma nak makan angin saja, berpeluang tidur di hotel dan membeli belah sehingga macam nak karam feri. Blogger sangatlah berharap jika dibuat perbincangan janganlah atas dasar emosi sahaja, tetapi berlandaskan lah fakta dan yang terpenting sekali, lupakan perpecahan dalam kepimpinan di semua peringkat.
Apa yang telah diperbincangkan atau yang telah diputuskan dalam bengkel, harap dapat laksanakan dengan baik dan ikhlas. Ini bertujuan bagi memberi amaran bahawa UMNO masih releven dan menjadi pembela rakyat.

Tuesday 4 August 2009

Lagi calon PAS Permatang Pasir

Siapakah calon PAS ini, bolehkah beliau menjadi pilihan rakyat Permatang Pasir. Namun yang pasti janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang, calon PR yang memenangi PRK ini akan dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Jawatang yang diperjuangankan oleh PAS terutamanya oleh Allahyarham Ust Hamdan sehingga ke akhir hayatnya. Namun beliau kecewa kerana DAP memang tidak pernah berminat untuk memberi muka kepada PAS, tetapi hanya untuk menjadi kuda tunggangan mereka sahaja, atau anjing salakan mereka sahaja.

Sunday 2 August 2009

Calon PAS di Permatang Pasir

Pagi ni blogger minum bersama dengan jemaah Masjid Tanah Liat selepas solat subuh. Nampaknya topik perbualan rakyat Permatang Pauh tidak lain lebih kepada spekulasi tentang PRK Permatang Pasir yang bakal diadakan tidak lama lagi. Menjadi kebiasaan rakyat merupakan aet penting dalam menentukan calon. Ada kedengaran ura-ura PAS akan meletakkan Mohd Sabu sebagai calon, memandangkan beliau adalah anak tempatan Permatang Pasir dan juga beliau dikatakan mempunyai penyokong yang ramai berdasarkan sambutan yang diberikan semasa beliau menyampaikan ceramah-ceramah.

Friday 31 July 2009

Calon BN di N11Permatang Pasir.

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun ini. Pilihan raya kecil terbaru membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman dari PAS.Tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menjelang 10 Ogos ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Hamdan yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas Asar.
Bagi UMNO, sudah semestinya akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil yang dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri ini. Antara calon yang pasti dipertaruhkan adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang juga merupakan ANAK JATI Permatang Pasir iaitu di Kampung Tanjung Putus. Beliau antara pemimpin muda yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Pernah terdengar cakap-cakap dari orang PAS sendiri dalam PRU 12 dahulu kalau Cikgu Zaidi yang bertanding belum tentu PAS menang di Permatang Pasir.
PAS juga tahu aka kelamahan mereka tetapi mereka akan menutup kelemahan dengan memburuk-burukkan Cikgu Zaidi yang mempunyai sedikit masalah kepimpinan, tetapi kalau PAS hendak memainkan isu tempatan mereka akan mencari penyakit kerana orang PAS sendiri yang akan menyatakan Cikgu Zaidi banyak membantu kesusahan hidup mereka.
Semoga pengundi di Permatang Pasir boleh meneruskan wawasan Ust Hamdan yang mahukan anak tempatan menjadi pemimpin di KADUN Permatang Pasir dan mahukan pembaharuan yang akan merubah rupa corak kawasan itu.

Thursday 30 July 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia.



KUALA LUMPUR, 30 Julai 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.
Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.
Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.
Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.
Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.
AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.
"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan


sumber: Harakah Daily.