Tuesday, 18 August 2009

Masjid dan Surau jadi pentas ceramah PAS

DUN Permatang Pasir mempunyai 9 buah masjid dan 16 buah surau. Mungkin boleh diulangi di sini untuk pengetahuan pembaca bahawa masjid dan surau ini adalah rumah Allah serta tempat ibadah dan menjadi pusat kegiatan masyarakat. Tetapi di DUN Permatang Pasir masjid dan surau dijadikan pentas ceramah dan kegaitan PAS.

Contohnya di masjid Kubang Semang yang terletak betul-betul berhadapan dengan Markas PAS dan PKR, serta rumah penginapan Mursyidul Am PAS semasa hari penamaan calon, boleh dikatakan menjadi pusat berkumpul kebanyakkan pemimpin dan penyokong PAS sebelum bergerak ke dalam kawasan pengundi.

Kebetulan atau sengaja dirancang tidak dapat dipastikan apabila semalam, ada solat jenazah diadakan, dan mayat itu dari Seberang Jaya telah dibawa untuk disolatkan di masjid Kubang Semang. Dalam masa yang sama ada kelibat 4 pemimpin kanan PAS iaitu Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli dan Roslan SMS, mereka berkejar berjumpa dengan keluarga si mati dan memberi sumbangan di hadapan jemaah. Perbuatan dan insiden ini seperti sengaja dirancang untuk menarik simpati dan sokongan rakyat serta pengikut kepada mereka.

Dalam masjid topik yang diperbincangkan tidak lain hanyalah menghentam calon Barisan Nasional sahaja, dan mereka menyatakan mereka menolak pembangunan dan perlu hidup secara kecil-kecilan sahaja. Harapan kalau nak berkempen turun lah dibilik gerakan, jangan jadikan rumah Allah itu markas berkempen.

1 comment:

  1. dieorang memang dah melampau!
    pastikan Bn menang kali ni

    ReplyDelete