Sunday 16 August 2009

Terkini di Permatang Pasir: Hari Penamaan Calon


Seperti yang diumum oleh SPR, hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Proses tersebut dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Mengkuang. Untuk calon BN akan bergerak melalui jalan Berapit dan bagi calon PAS akan bergerak dari Mengkuang, mereka akan bertemu di hadapan 100 meter dari pintu IKBN. Laporan terkini dari IKBN:


7.25am - Penyokong kedua-dua parti mula berkumpul dan mengikut arahan polis.

8.00am - Berberapa pemimpin kedua-dua parti mula sampai.


8.25 - Calon BN tiba bersama YAB TS Muhyidin Yassin dan berberapa pemimpin parti komponen termasuk S.Samy Vellu. Bacaan doa dibacakan oleh YDP MAIPP YB Ust Shabudin Yahaya. Muhyidin memberi kata-kata semangat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan.

8.25am - Kehadiran DS Anwar Ibahim dan DS Wan Azizah, Datuk Mustafa Ali, YB Nizar, YAB Khalid dan berberapa nama besar dalam PR mula tiba dengan kereta mewah. Mereka mula bergerak ke pusat penamaan calon.


8.50am - Penyokong PAS mula bertakbir dan melaungkan perkataan "RASUAH" dan menunjukkan sikap macam nak memukul orang.


9.00am - Ketibaan Lim Guan Eng. 20 minit kemudian ketibaan DS Hadi Awang. 15 minit kemudian ketibaan Nik Aziz Nik Mat, kesemua mereka tiba dengan diringi oleh polis trafik.


9.00am - Keadaan tenang di kawasan penyokong BN, masing-masing menunggu proses penamaan calon. Berlainan dengan penyokong PAS yang sentiasa membuat provokasi untuk menimbulkan kekecohan tetapi kurang mendapat sambutan kerana masing-masing memakai topeng muka untuk elak dari jangkitan H1N1.


10.00am - keadaan tenang, ramai yang dah mula meninggalkan kawasan penyokong-penyokong. Pengumuman calon belum diumumkan.


10.06am - Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi.


11.20am - SPR telah umumkan calon yang akan bertanding disahkan Rohaizat dari BN dan Salleh Man dari PAS. Ketika ini penyokong-penyokong dari kedua-dua parti sedang mengiringi calon untuk keluar. Sorakkan mengiringi mereka.


11.30am - Nik Aziz telah meninggalkan tempat penamaan calon untuk pulang, dikatakan mendapat berita ADUN Galas yang menerima rawatan di China telah meninggal dunia.

4 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kenapa Mat Sabu Ditendang? Calon Salleh Man Peniaga Pasar Malam

    ReplyDelete
  2. Dulu tokwan depa merayu-rayu nak dok kat Malaysia. Hari ni anak cucu depa sepak polis kita.

    ReplyDelete
  3. liPAS mula masuk dengan "take beer" laungan - hidup rakyat, mansuh ISA, Tombang BN, Hancur BN, BN Rasuah, BN Zalim, REfORMASI,Polis Zalim .....abis ngumpat mengata...depa pun bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., berdoa pulak.. adakah ini parti Islam? Islam ajar kita macamni ka? anda fikir-fikirkanlah...
    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen tuan/puan.
    kesihan la PAS diperkuda oleh DAP. Satu saja matlamat DAP adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN. Mereka telah mendapat nikmat ekonomi, sekarang mereka nak kuasai politik.

    ReplyDelete